
Salina merupakan penyanyi kugiran di rumah-rumah orang kahwin di kampungnya. Kecantikan Salina sering menjadi bualan anak-anak muda disitu namun hatinya Salina terpaut kepada Afka, seorang kerani biasa sehingga sanggup meninggalkan keluarganya dan berkahwin lari bersama Afka di Thailand.
Selepas berkahwin, mereka berhijrah tinggal di Kuala Lumpur supaya Afka dapat membuka perniagaan sendiri bermodalkan kesemua wang simpanan yang ada. Afka mula lupa diri apabila perniagaannya meningkat maju.
Kawan-kawan yang mendampinginya mula mempengaruhinya bermain judi. Setiap hari mereka berjudi tanpa mengira waktu berkerja hingga akhirnya perusahaan Afka terpaksa ditutup gara-gara banyak hutang. Akhirnya, Salina terpaksa berpindah semula ke rumah setinggan dan berkerja mencuci pejabat manakala Afka masih menganggur dan terus mengamalkan tabiat buruknya.
Tabiat judi yang sukar dikikis memakan diri sendiri apabila Afka tidak dapat melangsaikan hutangnya dengan Leman sehingga isteri sendiri menjadi taruhan. Salina bertukar kerja dan kembali menjadi penyanyi di kelab dangdut sementara Afka diupah oleh Shamsul untuk menjalankan tugas-tugas rumit.
Keadaan menjadi lebih perit buat Salina dan anaknya apabila mengetahui yang Afka sebenarnya terbabit di dalam kegiatan menyeludup dadah dan kini mendesak Salina pula untuk membantu menyelesaikan tugasnya kerana takut diburu polis.
http://www.zshare.net/video/806402826401b9c3/
okie . till then . bye !