Monday, October 24, 2011

Movie Kaw2 punye !

okie . semalam , aku penat giler ah . then , ibu n akk aku pulak boleh mengajak aku nieh pegi amek barang hantaran die . fuhh ! penat woo . semalam siang dah lah ke jb . antar kad2 jemputan kawen akk aku nieh yang bukan maen banyak lagi . mlm pulak pegi amek barang hantaran . adush ! okie , nak dijadikan cerite , lepas ambik barang hantaran , pegi antar pulak kat rumah atokk aku . ibu aku pulak berlama-lama kat situ . mmg tak boleh nk buat ape lah . eheheh . aku dduk lah dpn tv nieh . then , ade pulak cite yang attract aku punye minat nieh . tajuk die , Airmata Nur Salina . halamak ! bukan maen jiwang lagi kan3 ? heee . tp , seyes , cite tuh mmg best . x rugi kot kalau tgk . okie , kat sni , aku nak cite sikit pasal cite tuh .

                                     

Salina merupakan penyanyi kugiran di rumah-rumah orang kahwin di kampungnya. Kecantikan Salina sering menjadi bualan anak-anak muda disitu namun hatinya Salina terpaut kepada Afka, seorang kerani biasa sehingga sanggup meninggalkan keluarganya dan berkahwin lari bersama Afka di Thailand.

Selepas berkahwin, mereka berhijrah tinggal di Kuala Lumpur supaya Afka dapat membuka perniagaan sendiri bermodalkan kesemua wang simpanan yang ada. Afka mula lupa diri apabila perniagaannya meningkat maju.

Kawan-kawan yang mendampinginya mula mempengaruhinya bermain judi. Setiap hari mereka berjudi tanpa mengira waktu berkerja hingga akhirnya perusahaan Afka terpaksa ditutup gara-gara banyak hutang. Akhirnya, Salina terpaksa berpindah semula ke rumah setinggan dan berkerja mencuci pejabat manakala Afka masih menganggur dan terus mengamalkan tabiat buruknya.

Tabiat judi yang sukar dikikis memakan diri sendiri apabila Afka tidak dapat melangsaikan hutangnya dengan Leman sehingga isteri sendiri menjadi taruhan. Salina bertukar kerja dan kembali menjadi penyanyi di kelab dangdut sementara Afka diupah oleh Shamsul untuk menjalankan tugas-tugas rumit.
Keadaan menjadi lebih perit buat Salina dan anaknya apabila mengetahui yang Afka sebenarnya terbabit di dalam kegiatan menyeludup dadah dan kini mendesak Salina pula untuk membantu menyelesaikan tugasnya kerana takut diburu polis.

Kecewa dan marah dengan sikap Afka, Salina hilang pertimbangan dan berlakulah pertengkaran dan pergelutan sehingga menyebabkan salah seorang daripada mereka kehilangan nyawa. Salina dijatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana tuduhan membunuh Afka. okie , boleh tgk kat link nieh .
http://www.zshare.net/video/806402826401b9c3/

okie . till then . bye !

 

No comments:

Post a Comment

kritik-kritik lah. :))